Strategi Penting Untuk Berjaya Menyimpan Wang

Strategi Penting Untuk Berjaya Menyimpan Wang | Ramai orang yang bertanya bagaimana nak menyimpan sekarang sini, dengan kos sara hidup yang tinggi dan semakin meningkat sedangkan pendapatan masih lagi di paras yang sama sahaja. Setahun boleh dikatakan 2 ~ 3 kali harga barang akan naik. Dengan alasan harga minyak naik, harga tol naik. Tapi bila harga minyak turun, tak turun pula harga barangan. Pelik! Kemudian pendapatan atau gaji jika bernasib baik, dapatlah kenaikan sikit, kalau kurang bernasib baik, tiada kenaikan gaji.

So, macamana nak menyimpan.

Itulah kesilapan utama saya ketika mula-mula nak menyimpan. Bila ada duit lebihan sikit, saya simpan sikit. Bila duit lebihan banyak, saya simpan banyak. Bila tiada lebihan, saya tak menyimpan. Tiada lebihan itu yang sering berlaku.

Saya praktikan sebelum ini, duit gaji dah di bahagikan ke mana hendak di belanjakan. Akhir sekali baru tengok berapa baki yang ada untuk di simpan. Memang teknik ini terbukti tidak akan berjaya. Pasti tak ada baki untuk gaji bulan itu.

Akhir sekali, selepas banyak membaca berkaitan pengurusan kewangan, barulah saya tahu teknik saya itu memang terbukti salah. Cara yang paling berkesan untuk menyimpan adalah:

Asingkan awal-awal lagi duit untuk simpanan baru selebihnya di bahagikan ke mana hendak di belanja. (Bukan belanja dulu dan simpan selebihnya)

Strategi Penting Untuk Berjaya Menyimpan Wang

Strategi Penting Untuk Berjaya Menyimpan Wang

Berikut saya senarikan strategi penting untuk berjaya menyimpan wang.

Strategi #1: Potong sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan

Simpan dan jangan di ingat lagi duit tersebut. Bila di ingat emosi atau “nafsu” anda akan menggoda anda untuk menggunakan duit tersebut. Simpan 10% dan lupakan. Jangan lupa untuk simpan.

Strategi #2: Simpan di tempat yang susah untuk di keluarkan

Elakkan simpan di dalam bank yang ada kad ATM. Lebih buruk lagi kalau simpan dalam akaun bank yang sama anda terima gaji. Confirm anda akan menggunakan wang tersebut di hujung bulan. Kalau ada kad ATM, kad tersebut anda simpan di rumah sahaja, jangan di bawa bersama anda di dalam dompet.

Strategi #3: Mulakan simpanan sekarang

Strategi ini mudah sahaja, mulakan sekarang juga. Jangan tunggu bulan depan baru nak mula. Nanti bila sampai bulan depan, “nafsu” anda akan memberi alasan yang sama juga. “takpe, bulan depan gaji masuk lagi”

Strategi #4: Asingkan awal-awal lagi bahagian simpanan sebaik sahaja anda dapat gaji

Pastikan di dalam list perbelanjaan anda yang pertama sekali adalah simpanan anda. Lepas di  tolak simpanan barulah anda rancang perbelanjaan anda dengan wang yang ada selepas tolak simpanan.

Strategi #5: Letakkan matlamat simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji

Letakkan matlamat simpanan sebanyak mungkin. Selepas dapat capai matlamat tersebut barulah fikir untuk di laburkan.

Strategi #6: Laburkan semula keuntungan atau diveden yang anda dapat daripada duit simpanan

Katakan anda simpan di dalam Tabung haji, dan setiap tahun anda akan dapat keuntungan daripada simpanan anda. Oleh itu, gunakan keuntungan simpanan anda untuk melabur seperti dengan memulakan membeli dan menyimpan emas.

Strategi #7: Jangan jadikan takaful/insurans sebagai tempat menyimpan

Banyak takaful atau insurans sekarang sudah mempunyai skim simpanan. Tetapi saya tidak galakkan anda menyimpan dengan skim takaful. Kalau anda nak ambil takaful, cukup setakat ambil yang betul-betul untuk di lindungi sahaja. Simpanan dan takaful adalah 2 perkara yang berbeza.

Mudah-mudahan perkongsian ini membantu anda untuk mula dan meneruskan menyimpan. Yang penting adalah ilmu sebelum memulakan sesuatu. Jangan jadi seperti saya, gagal untuk menyimpan kerana tiada ilmu untuk menyimpan. Kerana saya merasakan menyimpan itu mudah secara teorinya, tetapi secara praktikalnya amat susah untuk di laksanakan tanpa ilmu yang cukup.

Sekian.

Mohd Redzuan Bin Dolah
Gurun, Kedah
Public Gold Authorised Dealer (PG00062196)
Whatapps/SMS/Telegram : 019-2933279

Anda boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja jika ingin mengetahui lebih anjut tentang emas Public Gold.