Point Penting Mengurus Kewangan Peribadi

Point Penting Mengurus Kewangan Peribadi | Mengurus kewangan peribadi adalah kunci bagi memastikan kita tak terlibat dengan masalah kewangan yang kecil dan terus menjadi serius.

Siapa yang pandai menguruskan kewangan peribadi, dia akan lebih ‘bersedia’ untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

Ilmu yang bakal saya dikongsikan ini bakal memberikan anda idea bagaimana untuk uruskan kewangan berdasarkan perkongsian oleh Tuan Norizan bin Sharif di facebook beliau.

Semoga bermanfaat.

Point Penting Mengurus Kewangan Peribadi

1 Elakkan berhutang

Elakkan berhutang, terutama menggunakan kad kredit yang kenakan faedah tinggi. Jika guna kad kredit, pastikan bayar sepenuhnya setiap bulan. Kalau tidak, itu tanda kita berbelanja di luar kemampuan. Ramai bankrap disebabkan terperangkap dengan kadar faedah tinggi.

2 Membeli mengikut keperluan

Beli barang berdasarkan nilai, bukan harga. Banyak barang bernilai berharga murah. Kopi di gerai tepi jalan dan di premis lima bintang sama saja. Apa yang membezakan ialah suasana. Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan, bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

3 Gunakan apa yang ada jika masih elok

Usah kejar beli kereta dan handphone baru. Apabila habis bayar ansuran kereta, tak perlu tukar kereta baru. Saya gunakan kereta lama berusia sembilan tahun. Masih elok. Insuran pun murah.

4 Elakkan beli secara berhutang

Elakkan beli perabot, peti sejuk, tv atau handphone secara hutang. Kadar faedah pinjaman peribadi tinggi, sama seperti kad kredit. Amat tak berbaloi.

5 Jaga wang simpanan KWSP

Usah gunakan wang simpanan KWSP untuk kenduri kahwin. Wang KWSP ialah untuk persaraan. Begitu juga usah buat pinjaman peribadi untuk kenduri kahwin. Salah satu punca pasangan bercerai ialah tekanan kewangan disebabkan hutang.

6 Urus duit secara betul

Beli apabila ada duit. Usah belanja pendapatan yang belum diperolehi. Gunakan tunai atau kad debit. Ada duit beli, tak ada duit tunggu dulu.

7 Jangan berhutang untuk mulakan bisnes

Elak mulakan bisnes dengan berhutang. Sebahagian besar bisnes bungkus. Apabila berhutang, kena bayar. Buat pinjaman hanya untuk kembangkan bisnes, bukan memulakan bisnes.

8 Jangan berhutang semata-mata untuk ke luar negara

Usah pergi haji atau umrah dengan hutang. Atau, melancong. Haji dan umrah wajib jika kita mampu. Kalau kita berhutang, itu tanda kita tak mampu. Tangguh dulu.

9 Rancang persaraan dengan bijak

Rancang persaraan sebaik saja mula bekerja. Setiap orang ada keperluan kewangan yang berbeza. Pastikan kita ada cukup wang untuk bersara selama 20 tahun (240 bulan), apabila usia kita cecah 55 tahun.

10 Wajibkan simpanan

Simpan 10-20% dari gaji bersih setiap bulan. Pastikan kita ada simpanan kecemasan bersamaan sekurang-kurang enam bulan keperluan.

11 Kawal nafsu berbelanja

Usah gila beli barangan online setiap bulan. Cukuplah beberapa helai tudung, tak perlu beli tudung setiap kali dapat gaji. Begitu juga tak perlu beli bermacam-macam produk kecantikan setiap bulan. Kalau dah cantik, tak pakai make-up tebal pun nampak cantik. Simpan duit tu

Wassalam,

Mohd Redzuan Dolah
Authorised Dealer Public Gold (PG00062196)
+6019 293 3279

 

Anda juga mungkin meminati: