Maksud Kebocoran Wang Dalam Urus Kewangan

Maksud Kebocoran Wang Dalam Urus Kewangan | Kebocoran wang boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Apakah yang dimaksudkan dengan kebocoran wang? Saya bagi contoh mudah.

  • Kita masukkan air di dalam plastik.
  • Tebuk satu lubang. Kita Lihat air yang keluar.Air berkurang kan?
  • Tebuk lubang kedua. Lihat air yang keluar. Air berkurang lebih banyak kan?
  • Tebuk lubang ketiga sehingga ke sepuluh. Air berkurang lebih banyak dan laju kan?

Itu adalah perumpamaan yang saya selalu kongsikan semasa seminar. Saya jelaskan dengan lebih terperinci.

Plastik = Umpama Kehidupan kita.
Air masuk= Umpama Wang Masuk /Cash In/ Gaji / komisen
Lubang/air keluar= Umpama Wang Keluar/ Cash Out/ Hutang-hutang.

Jika satu lubang yang ditebuk, air berkurang dengan perlahan. Kita tebuk lubang yang kedua, air berkurang lebih laju berbanding satu lubang. Kita tebuk lubang ketiga hingga ke sepuluh dimana kita akan melihat air berkurang terlalu cepat. Itulah gambaran kehidupan kita. Jika kita TIDAK membina hutang dan mempunyai perancangan yang baik dalam berbelanja, wang kita tidak bocor dan tidak berkurang selaju orang yang membina hutang. Itulah perbezaannya.

Sebenarnya bila berlaku sedemikian, kita perlu ambil satu pendekatan dimana kita perlu “menampal lubang” berkenaan. Istilah ini kebiasannya gambaran untuk menutup hutang supaya ianya tidak berlaku kebocoran.

Jika perbelanjaan kita melebihi daripada pendapatan kita, sebenarnya ia boleh buatkan seseorang terdesak dan ini adalah salah satu faktor dan penyebab kenapa boleh terjebak dengan skim cepat kaya. Mana tidaknya, skim cepat kaya menjanjikan pulangan yang mengaburi mata mereka yang berhutang paras pinggang. Inilah peluang skim cepat kaya untuk menarik lebih ramai.

Maksud Kebocoran Wang Dalam Urus Kewangan

Jika kita bijak mengurus wang kita dengan betul dan kita mempunyai ilmu walaupun ianya sekadar BASIC, saya yakin 100% pasti skim cepat kaya merayu-rayu pada kita supaya kita menyertai skim mereka kerana mereka tahu kita tidak mudah terpengaruh.

Jadi, rancang sebaiknya kewangan kita. Wujudkan simpan dengan mengalihkan sebanyak 10% dimana ianya adalah saranakan pakar kewangan. Jika mahu mulakan simpanan emas, boleh juga mula serendah RM100 sahaja untuk emas 0.5gram. Jika tidak mula sekarang, saya yakin sampai bila-bila kita asyik memberi alasan dan akhirnya bekerja 5tahun tiada langsung simpanan dan paling sedih jika bekerja hampir 10 tahun tetapi masih tiada simpanan samada dalam bentuk wang atau emas.

Emas boleh dikategori dalam aset yang kecil. Jadi ianya sangat sesuai bagi anda yang baru nak bermula untuk menyimpan aset. Jangan tunggu ada duit simpanan yang banyak baru mahu bermula simpanan Emas. Bagaimana nak ada duit simpanan yang banyak jika poket asyik bocor. Ayuh atasi dengan emas.

Simpanan Paksa dan Elakkan Belanja Berlebihan