Caj Gold Premium Public Gold

Caj Gold Premium Public Gold ini akan di kenakan kepada setiap item emas Public Gold. Harga emas yang di paparkan pada website Public Gold tidak termasuk caj gold premium ini.

Caj gold premium Public Gold

Oleh itu, jika hendak membeli emas Public Gold pastikan anda kira dahulu kos semuanya:

Harga Emas = Harga emas (di website) + Caj Gold Premium.

Caj Gold Premium Public Gold

Caj gold premium public gold

Seterusnya apa pulak Gold Premium ni?

Caj premium adalah caj kos pengangkutan dari Kilang Nadir Metal Turki ke HQ Public Gold. Public Gold mengenakan caj yang sangat minimum untuk kos ini bergantung pada item emas yang dibeli.

Caj premium dikenakan kepada semua item emas Public Gold samada beli melalui GAP atau belian terus (non GAP/Retail). Bagi belian dengan GAP, caj gold premium ini akan di kenakan semasa kita ingin keluarkan item emas daripada akaun GAP kita.

Ini caj gold premium mengikut item emas Public Gold

caj gold premium public gold

Bila disemak semula caj premium yang dikenakan ke atas pelanggan adalah sangat minimum. Katakan anda membeli emas melalui GAP hari ini 14 MEI 2017 RM186/g + RM5 = RM191/g untuk emas 999.9 bertaraf LBMA dan TANPA GST. Masih murah bukan.

Jika anda membeli secara terus (Non GAP/Retail) caj ini akan dikira sekali di dalam invoice (Harga emas + caj premium). Dah dikira siap-siap.

Sekali lagi saya tekankan bahawa caj Gold Premium ini dikenakan mengikut item emas bukannya per gram emas. Kalau kita lihat daripada jadual gold premium di atas. Kita akan dapati bahawa caj gold premium ini akan semakin kecil bagi item emas yang mempunyai berat yang lebih besar.

Sebagai contoh:

item emas 1g = gold premium RM5
item emas 10g = gold premium RM10 (RM1 untuk 1g)
item emas 100g = gold premium RM50 (RM0.5 untuk 1g)

begitu juga seterusnya.

Untuk lebih faham macamana mengira kos gold premium ini semasa membeli emas atau mengeluarkan emas daripada akaun GAP, saya berikan contoh di bawah:

Katakan anda keluarkan
1 gram x 10 keping
– Caj premiumnya 1 gram x RM5 (caj premium) x 10 keping = RM50.00

5 gram x 2 keping
– 5 gram x RM5 (caj premium) x 2 keping = RM10.00

10 gram x 1 keping
– 10 gram x RM10 (caj premium) x 1 keping = RM20.00

Moga kita semua lebih memahami apa itu caj Gold Premium Public Gold.

 

Sungai Petani
14 Mei 2017