Wanita Ini Memelihara Anak Ayam Yang Berada Di Jalanan Kerana Jatuh Cinta Dengan Personalitinya

Posted by

Wanita Ini Memelihara Anak Ayam Yang Berada Di Jalanan Kerana Jatuh Cinta Dengan Personalitinya | Pencinta haiwan sudah biasa memelihara haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing atau arnab dan ikan emas. Tetapi bagi seekor anak ayam, jarang-jarang dapat dipelihara dengan perasaan penuh kasih sayang kerana selalunya dia sudah terbiasa menjadi lauk.

Amat jarang bagi pemilik dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan seekor ayam dan ayam juga sejenis haiwan yang kurang cerdik dan tidak berapa memahami perasaan manusia. Tetapi bagi seekor ayam jantan bernama Bree, perasaan sayang kepada pemiliknya, Camille adalah amat berlainan sama sekali.

Camille bertemu dengan Bree ketika usia anak ayam ini baru lima hari. Bree telah ditinggalkan di tepi jalan di Brooklyn, New York dan Camille yang berasa amat kasihan telah menyelamatkannya.

Kata Camille, “Saya terus mengambilnya dan meletakkan anak ayam ini di atas tapak tangan dan dia berasa selamat bersama saya. Saya membawanya bersama ke pejabat dan dia memerhatikan saya bekerja. Tidak berasa sukar untuk jatuh cinta dengan kecomelannya.”

Camille mungkin sudah berasa seronok dan gembira apabila melihat Bree berada bersamanya di pejabat. Perasaan sayang secara semula jadi datang tanpa disedari lalu dia membawa anak ayam ini tinggal bersamanya di dalam pangsapurinya.

Camille berkata, “Apabila saya mahu pulang ke rumah pada hari itu, reaksi spontan saya mengatakan yang saya perlu membawanya pulang, saya mahu memeliharanya seperti seorang ibu.”

Tugas menjaga seekor anak ayam bukannya mudah, kerana dia memerlukan penjagaan selama 24 jam sehari. Camille menjadi ibu tumpang Bree dan dia mengikut ibunya ini ke mana sahaja.

Wanita Ini Memelihara Anak Ayam Yang Berada Di Jalanan Kerana Jatuh Cinta Dengan Personalitinya

Kata Camille, “Bree mengikut saya ke mana sahaja. Dia akan tidur di dalam baju panas saya dan memeluk saya. Setiap hari, saya berasa semakin sayang dengannya. Saya mendapati anak ayam ini amat mengagumkan. Nalurinya yang memahami perasaan untuk dibelai dan disayangi sama seperti kami semua, sama seperti anjing, kucing atau seorang bayi.”

Tanpa disedari, Bree semakin membesar dan dia menjadi haiwan peliharaan domestik, seperti seekor anjing dan kucing. Bree juga semakin bijak dan memahami banyak perkara, dan Camille juga memahami sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari daripada seekor ayam.

Camille menceritakan, “Pada satu hari, saya sedang terbaring di sofa. Bree menjadi senyap sahaja pada hari itu, seperti dapat merasakan sesuatu yang saya tidak sihat. Apabila saya bangun pada keesokan harinya, saya mendapati Bree berada di atas dada saya.”

Tambahnya, “Bermula pada hari itu, saya dapat merasakan kehadirannya sebagai sebahagian daripada keluarga saya. Saya tidak akan menyerahkannya kepada pusat perlindungan haiwan.”

Menjaga seekor ayam di bandar metropolitan seperti di New York merupakan satu kesalahan. Tambahan, Bree seekor ayam jantan yang semakin membesar. Setiap pagi, dia pasti akan berkokok dan akan membuat kacau ganggu kepada jiran tetangga. Camille perlu membuat keputusan sama ada untuk beralah dan menyerahkan Bree kepada pusat perlindungan haiwan.

Akhirnya, Camille telah membuat keputusan untuk memilih Bree. Hari ini, Camille telah berpindah dari New York dan menetap di luar bandar yang mana kediamannya mempunyai kawasan lapang, taman dan pokok yang membolehkan Bree dapat menikmati kehidupan dengan bebas dan gembira.

sumber: Sinarviral.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *