Tetapkan Definisi Sebenar Keg4nasan Atau Ekstrem1s – Mufti Perlis

Posted by

Tetapkan Definisi Sebenar Keganasan Atau Ekstremis – Mufti Perlis | KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menetapkan definisi jelas mengenai tindakan keganasan atau ekstremis bagi mengelakkan sebarang prosedur dan tindakan oleh pihak berkuasa yang bertentangan dengan undang-undang dan keadilan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu ambil serius ketetapan ini berikutan ketika ini banyak pihak mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang mudah menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk menahan seseorang tanpa dibicarakan.

Katanya, walaupun tindakan ekstremis ini perlu diperangi dan diakui wujud di beberapa negara, ia memerlukan mekanisme penguatkuasaan yang jelas, supaya keadilan kepada pihak yang tidak bersalah dapat ditegakkan.

“Sampai sekarang tidak ada ‘standard’ yang disebut. Tetapi kalau kita lihat sekarang, bila sebut sahaja pengganas, apa yang ada dalam pemikiran orang adalah mengaitkan dengan muslim. Awal-awal sudah kaitkan dengan Islam.

“PH sepatutnya keluarkan satu takrifan yang jelas mengenai pengganas ini dan ia pastinya memerlukan pandangan ahli undang-undang dan pakar supaya kita dapat lindungi keselamatan (negara) kita,” katanya.

Asri berkata demikian ketika menjadi panel pada Forum SOSMA: Siapa Pengganas & Potensi Salah Guna Kuasa anjuran Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, pagi tadi.

Turut menjadi panel, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Selangor, Shaari Sungib dan peguam hak asasi manusia, Syahredzuan Johan.

Mohd Asri berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keras mengkritik tindakan zalim Israel terhadap Palestin, sering membangkitkan kepentingan memberi tafsiran yang jelas terhadap keganasan.

Beliau turut memberi contoh kes pusat pengajian pelajar warga negara asing yang ditahan di Perlis tahun lalu, kerana disyaki terbabit dalam aktiviti keganasan, sebagai tidak menepati keadilan pihak yang dituduh dan keluarga mangsa.

“Kita kena ada prosedur semak dan imbang. Polis tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil tindakan dan membuat tuduhan seperti ini (tanpa bukti jelas),” katanya.

Tetapkan Definisi Sebenar Keganasan Atau Ekstremis - Mufti Perlis

Sementara itu, Maria berkata, banyak penyalahgunaan kuasa terhadap tindakan SOSMA yang dibuat pihak berkuasa menyebabkan ramai pihak termasuk pemimpin politik menjadi mangsanya.

Justeru, beliau mengharapkan supaya janji kerajaan untuk memansuhkan SOSMA ditunaikan selain meminta semua pihak memberi tekanan termasuk menghantar memorandum kepada kerajaan supaya gesaan pemansuhannya dapat dilakukan dengan berjaya.

“SOSMA kini bukan hanya undang-undang untuk mencegah keganasan, tetapi sudah disalahgunakan apabila kerajaan pada masa itu tidak setuju dengan tindakan yang dibuat oleh NGO (pertubuhan bukan kerajaan).

“Tahan boleh, tiada masalah tetapi jangan siksa mereka,” katanya mendakwa pengalamannya yang ditahan mengikut SOSMA membuktikan wujud salah guna kuasa oleh pihak berkuasa sehingga proses mendapatkan keadilan pihak yang ditahan sukar.

sumber: BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *