Tempat Makan Best Di Sungai Petani Kedah

Posted by

Tempat Makan Best Di Sungai Petani Kedah | Sungai Petani adalah lokasi yang tidak kurang hebatnya bila sampai kepada topik tempat makan yang menarik. Setelah membuat tinjauan, berikut tempat makan best di Sungai Petani yang boleh dicuba si kaki makan:

1) Gerai Ikan Bakar Taman Sejati


Gerai ini letaknya bertentangan dengan banggunan TM Point dan Sekolah Keb Seri Gedung. Beraneka lauk terdapat di situ. leh wat pilihan le…yang paling suka daging kambing bakar cecah air acam…wah terangkat. Rege…? rege biasa la kedai ikan bakar…cube le…

2) Gerai Ikan Bakar depan INTAN

Nie salah satu gerai pilihan kami. terletak jalan Kuala Ketil berhampiran IPG Sungai Petani. Gerai nie pernah makan dengan member masa bujang dulu. Lauk tak banyak pilihan macam no.1. Gerai nie kena pi awai. Buka seawal 10 pagi sehingga la lauk abis…kot…!!!

3) Restoren Ikan Bakar Sadar Taman Ria


Jatuh tempat ketiga ialah kedai makan yang ini. Klau mai makan kat sini mesti bertambah. huhuhu….kat sini pon banyak pilihan lauk…pilih pilih…yang best kat sini de ulam ulam dan kerabu..

4) Restoren Noriah


Kedai makan nie berhampiran kilang Sharp Roxy. Kat sini pon de ikan bakar gak. Okeh…yang terangkat di sini ialah air acam nyer…pedas menyerit….berpeloh kalau makan…

5) Gerai Omar Ikan Bakar

Gerai nie ilah pilihan yg kelima dalam senarai makan tengahari. Terletak di depan Masjid Bakar Arang. Kira orait la..nie pon kawan kawan Chegu rekomen..depa kata sedddapp…tp lidah kami kata orait jerrr…yang penting perut kenyang ~

6) Nuriz Cafe


Yang pertama dalam senarai ialah Cafe Nuriz yang terletak di Amanjaya. Berhampiran Hospital Pantai Sungai Petani. Makanan….macam macam ada. Dari makanan Melayu, Siam dan Western serta Setimbot yang menjadi idaman. Rege pulak standard otel le kawan n ada gov tax. Kenapa suke pegi sini…? pertama SEDAP. Setimbot sedap bangat…western food pon sedap. Kedua tempat yang selesa.

7) Emerald Puteri Hotel


Syok gile bersetimbot di sini. Tempat pon amatlah selesa dan harmonis ceeee…setakat nie klau nak bersetimbot lagi dan lagi akan ke sini. Chegu suke teh tarik yang ada di sini…terangkat macam dok kat cemeren highlands..

8) Jam Besaq


Huhuhu…jam besaq…nostalgia betoi. apa taknya…nie kalau zaman belajaq dulu time dapat elaun je bole mamam kat sini. Okeh terletak di dalam bandar Sungai Petani sendiri. Landmark dia opkos Jam Besaq. Terdapat pelbagai jenis makanan di sini. Capati, sate, yong taufu, char koteow, sup sup dan macam macam lagi…macam macam adoo. Open air punya warung dan hanya di buka pada waktu malam sahaja..

9) Koteow kerang Taman Delima


Perrhhgg!!! Sapa sapa orang Sungai Petani yang tak besa pekena koteow nie…mulai lah…pi pekena. Koteow kerang tradisional dimana tukang masak masih pakai dapoq arang buat char ko teow nie…telur mata satu..

10) D’King Mee Udang


Kalau mai pekena Mee Udang kat sini…pergh!!! fresh dan BESAQ2. Dia hidang dalam mangkuk besaq makan untuk berdua. Memang sodap dan giler…

11) Qory Steamboat

Tempat Makan Best Di Sungai Petani Kedah


Qory Steamboat yang terletak di Padang Temusu Sungai Petani memang terkenal. Bukan saja kerana makanannya, tetapi kerana layanan pekerja restoran yang ramah tamah. Kami sekeluarga dah jatuh cinta dengan restoren Qory nie. Tag line yang kami bagi kepada restoren nie Makan Hari nie Sampai Lusa Kenyang. huhuhu….

Best tau makan sini. Dah le murah. Dapat makan macam macam. Pendek kata macam macam ado.

Special nya disini, bahan bahan seperti fish ball dan fish cake yang ada di sini adalah home made oleh tokey restoren. So…..makan tanpa was was….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *