Susu Ibu Mempunyai Pelbagai Rasa Setiap Hari Yang Ramai Para Ibu Tak Tahu

Posted by

Susu Ibu Mempunyai Pelbagai Rasa Setiap Hari Yang Ramai Para Ibu Tak Tahu | Kenapa susu ibu buat bayi excited bila nampak ibu dia? Fakta ini ramai ibu yang tak tahu kan. Sebenarnya susu ibu adalah yang paling sedap untuk anak berbanding susu formula dipasaran kerana rasanya lain dari yang lain.

Berilah susu yang mahal sekalipun, tapi tetap tak boleh menyaingi rasa susu ibu yang sangat terbaik. Betul ke?

Ya. Menurut Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom susu ibu ada pelbagai rasa setiap hari kerana apa yang ibu makan itulah yang anak akan rasa selepas itu. Sebab itulah bayi anda tak sabar bila nampak je ibunya depan mata. Kalau boleh tak mahu lepas.

Berikut perkongsian dari Puan Nad Masrom

Suami beritahu, Fatimah kalau nampak ibu dia macam nampak ayam goreng panas. Muka teruja sambil senyum sampai ke telinga.

Tangan dan kaki mesti tergedik-gedik minta diambil cepat. Muka tersengih dia tu.. adohaiii, mak nak tersandar baring pun tak jadi lerrrr. Memang cair habis!

Terpaksa mengalah kat pandangan mata dia yang berkaca-kaca tu walaupun sekarang Fatimah siap bagi pakej ‘tarik + rentap + lepas’ kat ibu dia. Haha!

Ajaibnya susu ibu ialah rasanya berubah setiap hari mengikut pemakanan ibu itu sendiri.

Susu Ibu Mempunyai Pelbagai Rasa Setiap Hari Yang Ramai Para Ibu Tak Tahu

Sebab tu jangan pelik bila baby suka sangat nak menyusu bila nampak ibu dia (walaupun sebelum tu baru je menyusu sebotol). Sebab dia excited nak cuba ‘flavour’ baru susu ibu dia.

Kita pun excited setiap hari kalau nampak menu makanan berbeza kan? Samalah juga anak-anak kita yang excited nak rasa ‘menu’ berlainan dari susu ibu dia sendiri.

Allah kurniakan setiap anak manusia itu dengan deria rasa yang unik. Bayi telah belajar mengenal rasa makanan dari dalam kandungan lagi.

Apa yang ibu makan dapat ‘dirasai’ oleh bayi melalui kicipan air ketuban yang masuk ke mulut bayi

Selepas Dilahirkan, Bayi Mula Belajar Mengenal Rasa Itu Melalui Susu Ibu. Dan Kalau Mommies Perhatikan, Apa Yang Mommies Suka Makan Selalunya Sewaktu Mengandung Atau Menyusu, Juga Akan Digemari Oleh Anak Kita Nanti.

Nak ajar anak suka makan sayur pun lebih mudah bila perkenalkan dengan sayur yang biasa dimakan oleh kita sendiri.

“The unique way to make your offspring more likely to eat vegetables – BREASTFEED THEM”

So mak-mak pula macam mana? Ada tak yang alami pengalaman macam ni?

Sumber: FB Nad Masrom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *