Soalan Yang Biasa Ditanya Semasa Temuduga Kerja

Posted by

Soalan Yang Biasa Ditanya Semasa Temuduga Kerja | “Baju dah siap, Sijil-sijil dan dokumen pun dah siap susun. Hmmm… Apa agaknya diorang nak tanya masa temuduga esok ya?”

Bila tarikh temu duga hampir tiba, makin gementar rasa. Dah lama kita nantikan panggilan temu duga daripada syarikat yang diimpikan untuk bekerja.

Apakah soalan-soalan yang sering ditanya oleh panel temu duga nanti? Mari semak antara soalan lazim yang akan ditanya ketika temuduga serta cara menjawab secara profesional.

10 SOALAN TEMUDUGA KERJA YANG PALING SELALU DITANYA

1. CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG DIRI ANDA

Soalan ini amat penting kerana ia merupakan ‘first impression’ bakal majikan tentang anda. Seeloknya, ceritakan tentang diri anda secara ringkas dan tak perlu ceritakan semula semua perkara yang anda dah tuliskan dalam resume. Janganlah pergi baca alamat rumah atau senaraikan nama sekolah dari darjah 1 sampai universiti semua. Panel tak ada masa nak dengar semua maklumat ni!

Jadi, antara yang panel nak dengar adalah:

  • Pencapaian
  • Bakat istimewa
  • Keunikan anda

Kaitkan ketiga-tiga perkara ini dengan kriteria yang diinginkan dalam peranan jawatan tersebut contohnya pengalaman anda yang banyak dalam bidang itu atau projek-projek menarik yang anda pernah terlibat sebelum ini.

Lagi satu, elakkan bercerita tentang perkara remeh seperti hobi atau minat yang tiada kena mengena dengan kerja yang dimohon.

2. KENAPA NAK BEKERJA DI SINI?

Walaupun nampak ‘simple’, tapi sebenarnya soalan ini agak ‘tricky’. Ia boleh dikatakan antara yang paling mencabar. Jawapan anda mencerminkan pengetahuan anda tentang jawatan yang ditawarkan atau syarikat yang dimohon.

Jadi, kena ambil tahu juga serba sedikit tentang post yang dimohon dan skop kerja yang dijangkakan. Kalau tahu tentang syarikat pun lebih baik, terutamanya jika ia sebuah syarikat besar.

3. PERANAN DI TEMPAT KERJA DAHULU

Bagi yang pernah bekerja di tempat lain sebelum ini, huraikan tanggungjawab anda dalam jawatan yang lalu dan secara spesifik dan positif. Cuba kaitkannya dengan jawatan yang dimohon sekarang. Dengan cara ini, para panel dapat menilai pengalaman serta kematangan anda. Ia juga akan membuatkan bakal majikan faham setakat mana pendedahan anda terhadap bidang kerja yang telah diceburi.

Soalan Yang Biasa Ditanya Semasa Temuduga Kerja

Kalau ada sesuatu yang penting dan belum anda kuasai, yakinkan mereka bahawa anda bersedia untuk mempelajarinya. Jangan pula pandai-pandai menambah dan mereka cerita sebab nanti kalau diambil kerja tapi tak tahu buat apa yang dikatakan masa temuduga, kan ke naya!

4. APA YANG DILAKUKAN SEMASA MENGANGGUR

Ada yang menganggur sampai berbulan-bulan lamanya dan inilah temuduga pertama yang anda berjaya dapat. Tak mengapa sebab rezeki masing-masing. Cuma jangan biarkan bakal majikan menganggap anda  membuang masa selama tempoh itu.

Anda juga boleh beri alasan yang anda memanfaatkan masa tersebut dengan melakukan aktiviti yang sudah lama anda inginkan seperti travel, tolong urus mak ayah, kerja part time atau melibatkan diri dengan kerja-kerja amal.

5. APAKAH KELEBIHAN ANDA JIKA DIBERI JAWATAN INI

Soalan ini adalah antara yang kerap ditanya penemu duga. Panel sebenarnya dah tahu latarbelakang setiap calon berdasarkan resume. Cuma mereka nak uji sama ada anda benar-benar bersungguh-sungguh dan punya ‘sesuatu’ untuk dibuktikan berbanding calon-calon lain.

Maka sekiranya kurang pengalaman, tak perlu ‘gebang’ macam-macam. Cukup dengan meyakinkan panel bahawa anda mahu belajar dan melakukan yang terbaik sekiranya diberi peluang memegang jawatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *