Singkir Status Diraja Kerana Cinta Kini Puteri Thailand Ini Merebut Jawatan PM

Posted by

Singkir Status Diraja Kerana Cinta Kini Puteri Thailand Ini Merebut Jawatan PM | Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi, kakak kepada Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn telah memecah tradisi keluarga diraja Thailand apabila pertama kali menyertai pilihan raya Thailand. Beliau yang akan bertanding di bawah tiket Parti Thai Raksa Chart pada pilihan raya yang dijadual pada 24 Mac ini bakal merebut jawatan sebagai Perdana Menteri (PM).

Puteri Ubolratana Rajakanya kini berusia 67 tahun, Lausanne, Switzerland adalah tempat kelahirannya. Puteri Thailand ini melepaskan status sebagai keluarga diraja Thailand pada 25 Julai 1972 apabila menemui cinta sejati dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hati, seorang warganegara Amerika Syarikat, Peter Jensen yang ditemui ketika melanjutkan pelajaran di Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Puteri Ubolratana Rajakanya belajar dalam jurusan Matematik dan Bio-Kimia di MIT. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Kesihatan Awam di University of California di Los Angeles.

Puteri Ubolratana Rajakanya telah menruskan hidupnya bersama suami selama 26 tahun dan pulang ke tanah air pada tahun 1998 apabila telah bercerai dengan suaminya, Peter Jensen. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu, Ploypailin Mahidol Jensen, Bhumi Jensen dan Sirikitiya Mai Jensen. Malangnya anak kedua Puteri Ubolratana Rajakanya, Bhumi Jensen telah meninggal dunia pada tahun 2004 akibat tragedi tsunami di Lautan India pada usia 21 tahun.

Menyambut kepulangan Puteri Ubolratana Rajakanya semula ke Thailand, beliau telah dikurniakan gelaran ‘Tunkramom Ying’ yang membawa maksud ‘Daughter to the Queen Regent’ atau Puteri dan berhak mendapat layanan sebagai kerabat diraja Thailand.

Singkir Status Diraja Kerana Cinta Kini Puteri Thailand Ini Merebut Jawatan PM

Puteri Diraja yang berjiwa rakyat ini aktif sebagai aktivis kemanusiaan. Puteri Ubolratana Rajakanya telah mempengerusikan 4 pertubuhan amal dan memperjuangkan kempen anti-dadah, menyokong program-program untuk kanak-kanak autism. Malah Puteri Ubolratana Rajakanya juga sering membantu mereka yang memerlukan seperti orang miskin.

Keluhuran jiwa murni Puteri diraja Thailand ini tersu tersingkap apabila memperjuangkan kempen T‘ o Be Number One’ iaitu kempen anti-dadah yang menyasarkan untuk membantu anak-anak muda terjebak dengan gejala dadah.

Sumber: https://www.thestar.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *