Resipi Mudah Dan Sedap Naget Ayam Keju Homemade

Posted by

Resipi Mudah Dan Sedap Naget Ayam Keju Homemade | Makanan semestinya perkara yang penting dalam proses tumbesaran anak-anak. Sebagai ibu bapa mestilah kita mahu memberikan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak agar mereka dapat tumbuh membesar dengan sihat.

Namun, mempunyai anak yang ‘picky eater’ pasti memberi cabaran kepada ibu bapa untuk menguruskan makan dan minumnya. Anak-anak jenis sebegini agak susah untuk ditambat seleranya kerana mereka hanya menggemarkan makanan-makanan tertentu.

Ibu bapa perlu lebih kreatif dalam mengolah resepi makanan bagi menarik minat anak-anak yang memilih makanan ini.

Kadang-kala anak-anak lebih gemar makan makanan segera yang mudah disiapkan tapi tidak mengandungi khasiat untuk tumbesaran mereka.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi resepi naget ayam keju yang mudah dan boleh dibuat dirumah bagi menambat selera anak-anak.

Resepi ini dikongsi oleh Puan Yatie Eimra di laman Facebook beliau.

Selamat mencuba.

Homemade Cheesy Nugget

Sebelum ni saya pernah cuba beberapa resipi nugget homemade, tapi anak tak berapa suka & makan sikit je. Ada gak resipi nugget yang agak keras lepas digoreng. Alhamdulillah, resipi nugget kali ni kena dengan selera anak.

Bahan-bahan:

±500gm isi ayam didadu

Sedikit black pepper

Sedikit pink salt

⅛ sudu kecil baking soda

1 sudu makan cuka epal/cuka putih/jus lemon

2 sudu makan butter

sudu makan olive oil

4-5 keping keju dipotong kecil (optional)

Cara-cara:

1. Gaul isi ayam bersama black pepper & garam.

2. Tambahkan baking soda & cuka/jus lemon. Perapan akan berbuih² kerana cuka bertindakbalas dengan soda. Gaulkan perapan dengan sudu. Perap sekurang²nya sejam.

3. Kisar perapan ayam bersama butter & olive oil.

4. Masukkan isi ayam yang dah dikisar dalam ice tray ⅓ penuh. Letakkan potongan keju ditengah². Tutup bahagian atas dengan isi ayam selebihnya.

5. Bekukan untuk mudahkan proses coating.

Resipi Mudah Dan Sedap Naget Ayam Keju Homemade

Bahan-bahan Salutan Tempura:

2 sudu makan tepung gandum (membumbung)

2 sudu makan tepung jagung (membumbung)

Sedikit black pepper

Sedikit pink salt

Secubit serbuk kunyit (optional)

8 sudu makan air

Cara-cara:

1. Campur semua bahan. Gaul sekata. Tambah air jika adunan terlalu pekat.

2. Celup nugget ayam dalam bancuhan tepung sebelum digoreng.

Untuk buat frozen :

– Celup nugget yang telah dibekukan dalam bancuhan tepung & susun jarak². Bekukan.

– Bila tepung dah keras boleh susun macam biasa.

Nota:

– Jika gunakan dry blender, blend isi ayam sikit demi sikit ye

– ⅛ sudu kecil tu lebih kurang 2-3 cubit baking soda

– Fungsi baking soda & cuka tu nak lembutkan lagi isi ayam. Nugget tak rasa soda/masam cuka sebab dah       bertindakbalas.

– Pastikan potongan keju diletakkan kat tengah² nugget supaya tak terkeluar/cair masa goreng

– Kunyit dalam bancuhan tempura berfungsi nak cantikkan warna je. Tak nak letak pun takpe

– Coating tempura ni agak rangup masa panas. Kalau anak tak suka jenis rangup, gunakan 3 sudu makan tepung gandum + 1 sudu makan tepung jagung.

– Nugget ni tak perlu dikukus & tak perlu defrost bila nak goreng. Tapi pastikan tutup dengan penutup periuk masa menggoreng (3-5 minit pertama) supaya bahagian dalam masak sekata. Jangan goreng terlalu lama untuk elakkan jadi keras.

Sumber: Yatie Eimra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *