Resipi Mudah Dan Sedap Biskut Coklat Chip Rangup

Posted by

Resipi Mudah Dan Sedap Biskut Coklat Chip Rangup | Ramai yang sukakan biskut coklat chip atau chocolate chip cookies rangup dan sedap ala Famous Amos yang berbau wangi semerbak yang boleh didapati di seluruh Malaysia dengan harga yang agak mahal kerana ia amat popular dan punyai resepi rahsia tersendiri.

Resepi chocolate chip cookies kini dikatakan telah diketahui ramai dan viral, kini turut dikongsikan di laman sosial tapi mungkin rasanya sama atau tak sama. Cara buat biskut coklat chip homemade ini juga amat mudah dan simple. Sekarang tidak perlu lagi beli di kedai, lebih baik buat sendiri, lebih puas hati dan banyak.

Resepi biskut choc chip ala Famos Amos ini adalah hasil perkongsian seorang wanita di laman Facebook iaitu Puan Zulaikha Ika yang turut berkongsi cara membuat biskut coklat simple ini dengan mudah dan sedap selain rangup mengikut sukatan cawan.

Resipi Biskut Coklat Chip Ala Famous Amos

Cookies yang paling cepat habis dan paling best, bila makan coklat cair dalam mulut.

Biskut chip coklat Famous Amos ini sebenarnya mempunyai berbagai versi yang diolah oleh mereka yang mempunyai kreativiti tinggi. Selain choc chips, ada juga yang menambahkan bahan lain seperti badam atau almond dan sebagainya. Hasilnya memang sedap dan crunchy gitu.

Bahan-Bahan A:

  • Butter 250 gram (Pure Butter).
  • 3/4 brown sugar (Guna yang paling halus).
  • 1/2 cawan gula putih (nak kurangkan pun boleh) 3 bahan ini mixer sampai gebu.
  • Bila dah gebu baru letakkan telur sebiji campur telur kuning sampai sebati dan masukkan sesudu esen creamy vanilla dan satu sudu teh butter oil.
Resipi Mudah Dan Sedap Biskut Coklat Chip Rangup

Bahan-Bahan B

  • 2 cawan tepung biskut red rose.
  • 1/2 serbuk Nescafe.
  • Satu sudu kecil serbuk coco.
  • Satu sudu kecil garam.
  • Sesudu kecil soda bikarbonat.
  • 1/4 sudu baking powder, jangan banyak sangat nanti kembung cookies tu.
  • Gaulkan semua bahan B di dalam bekas kering dan letak sedikit dem sedikit tepung ke bahan A.

Akhir sekali masukkan coklat chip sebanyak 300 gram. Kuantiti terpulang nak banyak mana. Kalau guna callebaut choc chips memang bakar api 150 dalam 15 minit. Ikut jenis oven masing-masing. Adunan tepung memang akan lembik dan kena jarakkan sedikit, kalau tidak akan melekit.

Petua kalau tak nak coklat chip cair dengan cepat, sila simpan biskut coklat chip anda ke dalam peti sejuk kerana ia akan nampak lebih cantik dan seketul-ketul kejadiannya.

Sementara menunggu chocolate chip cookies, masak adunan yang lebih itu dan boleh simpan dalam peti sejuk dulu. Jika tidak coklat akan cair dan warna cookies jadi tak cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *