R4hsia Rambut Cantik Aktres Genit Fatin Afeefa

Posted by

R4hsia Rambut Cantik Aktres Genit Fatin Afeefa | Kenapa cantik sangat aktres Fatin Afeefa ni? Tak puas tengok mukanya…

Baru-baru ini penulis sempat menonton Instagram Live (sesuatu yang jarang-jarang penulis lakukan) seorang aktres tempatan yang namanya mungkin tidak dikenali tapi bila melihat pada muka mesti kita tahu. Bahkan dia merupakan pelakon filem kanak-kanak Tentang Bulan yang sekarang sudah dewasa dan mempunyai dua orang anak. Siapa lagi kalau bukan Fatin Afeefa yang terkenal dengan rupa paras menawan, figura kecil molek disamping miliki rambut ikal mayang bak Rosalinda. Tang rambut memang penulis jatuh cinta sangat…

Senang barkongsi rahsia kecantikan wajah dan rambut kepada follower, Fatin menjelaskan melalui Instagram Stories, untuk penjagaan rambut, dia hanya menggunakan tiga produk ini sahaja. Produk ini digunakan sejak dahulu dan bukan atas dasar sponsor. Fatin menggunakanPantene, Sunsilk dan Botanist (dikongsi bahagian highlight ‘Beauty’ IG Stories).

Alasan Pilihan

Menurut Fatin, produk Botanist membuatkan rambutnya kekal sihat bermaya kerana rambutnya agak rosak disebabkan acapkali mewarna, kerinting dan lurus. Tetapi tidak guna terlalu kerap kerana ia membuatkan rambutnya flat dan nipis. Apa kebaikan Botanist? Botanist mengandungi lebih daripada 90% ramuan tumbuhan semulajadi dan air. Bahan-bahan semulajadi yang dipilih membantu mengekalkan kelembutan rambut sambil menawarkan kulit kepala yang sihat dan segar. Semua produk Botanist bebas silikon dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kelemumur, kulit kepala kering, kegatalan dan kerengsaan kulit kepala serta yang berwarna.

Bagi Sunsilk pula, Fatin cukup menggemari aroma syampu dengan pembungkusan rona merah jambu. Sunsilk Smooth & Manageable mampu memperbaiki rambut kusut agar mudah diurus dengan khasiat dari mengandungi Keratin Yoghurt Nutri ComplexTM dan dipertingkatkan dengan lima minyak semula jadi – minyak Argan, minyak kelapa, minyak badam, minyak Jojoba dan minyak zaitun.

Seterusnya, Fatin memilih Pantene Silky Smooth Care (syampu) dan Nature Care Fullness & Life (perapi). Kebaikan diberi bukan sahaja melembut, membuatkan rambut ringan malah kondisi terjaga dari akar rambut lagi. Teknologi Keratin Blockers baik untuk kelembapan dan mencapai rambut lembut sepanjang hari dalam apa dua cuaca.

Lagi satu, untuk kesan ombak dan kerinting, Fatin hanya menggunakan flat iron 

Siapa sangka rahsia Fatin sangat mudah dan murah. Anda boleh dapatkan produk pilihan Fatin di Sephora dan farmasi seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *