Pemandangan Rumput Hijau Di Tali Air Tarik Ribuan Pengunjung

Posted by

Pemandangan Rumput Hijau Di Tali Air Tarik Ribuan Pengunjung | Daerah Yan adalah sebuah daerah yang unik dalam negeri Kedah kerana alamnya yang semulajadi dan mempunyai banjaran gunung jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga.Baru-baru ini fenomena jerami gulung menjadi tarikan di kawasan Sungai Limau dalam… kini terdapat satu lagi tarikan baru di mana rumput karpet tumbuh menghijau di kawasan sungai yang kering.. pemandangan yang indah ini hanya berlaku pada musim kemarau… sementara itu bunga sakura mulai kembang.. Keindahan bunga-bunga yang jatuh berguguran menutupi permukaan tanah bagaikan hamparan permaidani pasti memukau mata memandang hingga membuatkan sesiapa pun tidak mahu melepaskan peluang merakam gambar.

Pemandangan rumput hijau tarik ribuan pengunjung

ALOR SETAR – Suasana kawasan tali air di Kampung Pulau Tembun, Sungai Daun Tengah, Yan dekat sini bagaikan pesta apabila dikunjungi ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan gambar di atas hamparan rumput liar sejak minggu lalu.

Tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang kering-kontang itu ditumbuhi rumput menghijau sejauh kira-kira satu kilometer (km).

Penduduk Yan, Azrul Nizam Azali, 27, berkata, dia pergi ke kawasan tersebut pada Rabu lalu selepas ternampak gambar pemandangan rumput berkenaan dimuat naik di Facebook.

“Saya pergi untuk melihat sendiri dan ternyata pemandangan rumput yang tumbuh subur di atas tanah yang kering akibat kemarau sangat indah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang datang dilihat duduk dan berbaring di atas hamparan rumput yang subur dan lembut itu.

Pemandangan Rumput Hijau Di Tali Air Tarik Ribuan Pengunjung

“Saya lihat bukan sahaja masyarakat tempatan, malah orang dari luar kawasan ini juga sanggup datang untuk merasai sendiri suasana menarik ini,” ujarnya.

Penduduk Gurun, Mohd. Firdaus Ramli, 30, berkata, lebih 500 orang memenuhi sepanjang tali air tersebut pada Jumaat lalu sehingga jalan di tengah kawasan sawah padi itu sesak dengan kenderaan.

Sementara itu, Ketua Cawangan Komunikasi Korporat MADA, Mohd. Hafizi Zakaria berkata, tali air tersebut kering kerana tiada keperluan untuk membekalkan air ke kawasan sawah padi di situ kerana hampir keseluruhannya telah dituai.

“Tiada bekalan air dibekalkan pada masa sekarang kerana tidak ada keperluan di sawah, ditambah dengan keadaan cuaca panas sehinga menyebabkan tali air kering,” katanya.

Tambahnya, bekalan air akan dibekalkan semula apabila bermula penanaman musim padi bagi musim 1/2019 yang dijangka bermula penghujung April 2019.

Sumber: Kosmo online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *