Pakar Psikologi Kata Ibu Dengan 3 Anak Sebenarnya Lebih Stres Daripada 4 Anak

Posted by

Pakar Psikologi Kata Ibu Dengan 3 Anak Sebenarnya Lebih Stres Daripada 4 Anak | Selalunya kita fikir makin ramai anak mak bapak lagi pening dan stres. Ya lah lagi banyak kerenah kena layan terutama yang ada sampai lima enam orang anak.

Sebab itu zaman sekarang tak ramai pasangan yang mahu beranak ramai. Tapi itu kata kita, lain pula menurut kajian.

Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh TODAYParent.com didapati, tahap stres ibu yang mempunyai tiga orang anak adalah lebih tinggi berbanding ibu yang memiliki jumlah anak yang lebih dari angka itu.

Kajian ini telah melibatkan 7,000 orang ibu di Amerika Syarikat dan dibuat untuk mengetahui tahap stres ibu dikaitkan dengan jumlah anak.

Ibu 3 anak lagi stres berbanding ibu 4 anak sebab…

Apa yang menarik tentang kajian tersebut, ia juga mendapati tahap stres takkan meningkat dengan pertambahan anak. Malahan ibu yang mempunyai empat anak dikatakan mempunyai tahap stres yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai tiga anak.

Menurut pakar psikologi dari New York Dr. Janet Taylor, tahap stres akan kurang selepas mempunyai anak keempat.

Ini kerana pada masa ini ibu akan belajar untuk menerima dan berhenti dari mencuba untuk mengawal semua perkara tentang anak mereka.

“Dengan empat anak, fikiran mereka sudah tidak cukup ruang untuk memikirkan kerisauan tentang kesempurnaan.

“Malah semakin ramai anak sebenarnya semakin yakin seorang ibu itu dengan kemahiran keibubapaan mereka. Anda kena belajar membiasakan diri dan selepas itu anda akan bersyukur,”ujar Dr. Janet.

Pakar Psikologi Kata Ibu Dengan 3 Anak Sebenarnya Lebih Stres Daripada 4 Anak

Jenis stres ibu-ibu

Dalam pada itu kajian itu juga mendapati:

  • 46 peratus ibu mengatakan suami menyebabkan mereka lebih stres berbanding anak
  • 60 peratus ibu mengatakan perasaan tak cukup masa untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh seorang anak daripada ibu menyebabkan ibu stres.
  • 72 peratus ibu stres bila memikirkan betapa stressnya mereka.
  • 9 daripada 10 ibu stres untuk kekal cantik dan menarik.

Ok. siapa yang ada tiga orang anak lepas ni boleh buat perancangan untuk tambah anak ya. Moga-moga kurang stres

Sumber: unilad.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *