Nonny Biasakan Diri Tampil Berhijab

Posted by

Nonny biasakan diri tampil berhijab | KUALA LUMPUR: Tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci, baru-baru ini, imej baharu penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah, mendapat pujian ramai.

Begitupun, artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu berkata, dirinya kini masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan berkenaan.

“Saya cuba membiasakan diri dengan mengenakan selendang terlebih dahulu untuk ke tempat kerja atau apabila keluar berjalan jalan.

“Harapan saya, diri ini boleh beristiqamah dalam mengenakan tutup kepala,” katanya yang mengerjakan umrah buat kali pertama pada 16 hingga 27 Januari lalu.

Sementara itu, diminta pandangannya mengenai segelintir golongan artis yang kembali membuka hijab selepas bertudung, Nonny, 29, berkata setiap insan tidak diberikan ujian yang sama.

“Pada saya, ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah berbeza. Allah pula menghadirkan ujian kerana Dia menyayangi hamba-Nya. Tuhan juga takkan menduga seseorang manusia dengan ujian di luar kemampuannya. Jika boleh dihadapi ujian itu, insya-Allah perkara lebih besar dan baik akan diberikan kepada kita.

“Kita juga perlu sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Saya, umpamanya, mengajar diri untuk terlebih dahulu mencari salah sendiri daripada sibuk memperkatakan kesilapan orang lain.

“Cari persekitaran yang baik, insya-Allah kita juga akan menjadi orang yang lebih baik,” kata Nonny.

Nonny Biasakan Diri Tampil Berhijab

Bintang XX Ray 3 itu berkata, dirinya sendiri masih perlu banyak belajar untuk menjadi Muslimah yang baik.

“Saya juga masih dalam fasa percubaan, jadi tolong doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya yang bersyukur apabila dikurniakan sahabat seperti Mila Jirin dan Heliza Helmi.

Sumber: NSTP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *