Nad Zainal Teringat Nolstalgia Naik Motosikal

Posted by

Nad Zainal Teringat Nolstalgia Naik Motosikal | KUALA LUMPUR: Kepayahan ketika membesar termasuk ke sana-sini membonceng motosikal ditunggang ayah, membuatkan Nad Zainal tidak pernah lena diulit populariti.

Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin tidak pernah lupa kehidupan masa lampau di mana keluarga hanya bergantung kepada motosikal ayah untuk ke mana-mana.

“Setiap kali membonceng motosikal, pasti saya teringat kenangan ketika kecil dulu. Ketika itu, kami hanya bergantung kepada sebuah motosikal.

“Dari zaman bersekolah, saya diambil dari rumah nenek dengan motosikal papa. Pergi sekolah juga dihantar dengan motosikal sama,” katanya kepada BH Online.

Nad teringat kenangan di mana dia bersama ibu membonceng motosikal yang ditunggang ayah untuk pergi ke Genting Highlands.

“Ketika itu, kami tiga beranak beberapa kali terkandas kerana tayar pancit. Maklumlah, motosikal itu terpaksa menanggung beban tiga orang.

“Kadang-kala, kenangan lalu membuatkan kita lebih menghargai apa yang dimiliki sekarang. Ia adalah sesuatu yang bermakna dan tidak dapat ditukar ganti,” katanya yang meraih Pelakon Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin (ASK) 2018.

Nad Zainal Teringat Nolstalgia Naik Motosikal

Menyedari kesalahan dilakukan apabila motosikal dibonceng dua orang, Nad berkata, ibu bapanya bukanlah mahu membahayakan nyawa, sebaliknya, ketika itu, mereka berdepan kekangan kewangan untuk menaiki kenderaan lain.

“Saya teringat pada usia sembilan tahun, saya terima ‘hadiah’ istimewa daripada motosikal jenis Yamaha RXZ papa. Akibat salah langkah turun, kaki saya terkena ekzos dan parut itu kekal.

“Paling saya tak lupa adalah bagaimana risaunya papa yang segera menyapu ubat gigi agar kesan lecur reda,” katanya.

Menurut pelakon drama Fatonah Azali itu, setiap kali dia membonceng motosikal, kenangan itu pasti muncul.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Nad bakal memulakan penggambaran siri mini, Geng Mak-Mak yang turut menampilkan Sazzy Falak, Elvina Mohamad dan Fatin Afeefa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *