Menarik Jam Besar Dan Dataran Zero Sungai Petani

Posted by

Menarik Jam Besar Dan Dataran Zero Sungai Petani | JAM Besar dan Dataran Zero Kilometer antara lokasi menarik di Sungai Petani yang harus dikunjungi.

Bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar, Sungai Petani yang dikenali dengan singkatan SP antara destinasi pelancongan mengujakan.

Tatkala ke SP, selain menjadi bandar yang paling pesat membangun di Kedah, bangunan bersejarah, Jam Besar yang tersergam indah antara yang menjadi tumpuan.

Menarik Jam Besar Dan Dataran Zero Sungai Petani

Siap sepenuhnya pada 1936, Jam Besar dibina bagi memperingati sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Menarik mengenai Jam Besar ini, ia akan berbunyi setiap kali tiba waktunya. Pada waktu malam pula, jam ini disinari lampu cantik.

Menambahkan lagi keunikan Jam Besar, Majlis Perbandaraan Sungai Petani Kedah (MPSPK) menaik taraf Dataran Zero Kilometer berdekatan menara jam ini untuk kunjungan orang ramai.

Secara tidak langsung, pengunjung boleh bersantai di sekitar Dataran Zero Kilometer dan mengenali Jam Besar lebih dekat berdasarkan maklumat di sekitar jam itu.

Tercari-cari tempat untuk meluangkan waktu lapang apabila malam menjelma di Sungai Petani? Apa kata kalau anda ke Dataran Zero Kilometer. Anda boleh berbual-bual bersama yang tersayang ataupun berjalan-jalan di sekitar sambil melihat keindahan cahaya lampu LED yang mewarnai bangunan di dataran ini.

Limpahan cahaya LED ini tidak patut dibiarkan begitu sahaja, keluarkan kamera untuk snap gambar sebagai kenangan anda di negeri ini. Berkenaan dengan tempat meletak kereta, ianya turut disediakan dengan caj sekitar RM1.50.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *