Menanti Cinta.. Neelofa Kini Lebih Terbuka Bicara Soal Hati

Posted by

Menanti Cinta.. Neelofa Kini Lebih Terbuka Bicara Soal Hati | Orang kata, wanita kalau makin berusia makin cantik. Bukan saja matang dan berpengalaman bahkan serba serbi dah lengkap seperti sukses dalam kerjaya, lebih yakin, sofistikated serta mampu memiliki aset sendiri.

Seperti mana kita tahu Februari adalah bulan kelahiran artis jelita kesayangan ramai, Noor Neelofa yang ke-30 tahun. Untungnya, pada usia tersebut Neelofa sedang berada di puncak kejayaan kariernya. Segala yang diimpikan selama ini akhirnya berjaya berada di genggaman.

MASIH MENCARI CINTA

“Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira kerana akhirnya genap usia yang ke-30 tahun. Semestinya saya perlu menjadi seorang wanita yang lebih matang dalam segala sudut kehidupan. Impian utama saya agar menjadi seorang insan yang lebih bersyukur, anak yang baik buat keluarga serta menjadi contoh terbaik buat peminat- peminat saya.

Berkenaan jodoh pula saya akan lebih terbuka untuk mengenali. Namun apa yang pasti saya tidak akan terburu-buru dalam soal hati ini. Perlu ikut step by step dalam membuat sebarang keputusan. Perkahwinan adalah satu komitmen yang perlu dilengkapi dengan sikap toleransi, saling memahami dan sanggup berkorban.

Pengalaman lalu banyak mengajar saya erti mencari cinta sebenar. Saya sendiri pun dah banyak menyaksikan sendiri pengalaman insan-insan terdekat termasuklah kisah hidup Mama yang menjadi sumber inspirasi saya dalam kehidupan. Bagaimana mereka bangkit daripada kegagalan demi mencari cinta sejati. Bagi saya tiada seorang pun yang sempurna. Masing-masing ada dugaan tersendiri. Apa yang penting doakan yang terbaik.”

SEMAKIN KUAT

“Tahun ini genaplah sembilan tahun saya berada di dalam industri. Sepanjang tempoh itu banyak pengalaman yang mematangkan diri saya. Segala kecaman netizen sikit pun tak terkesan. Diam tak bermakna saya tak ambil peduli. Selagi kecaman itu tak menjejaskan apa-apa saya pilih untuk diam saja.

Menanti Cinta.. Neelofa Kini Lebih Terbuka Bicara Soal Hati

Sekuat mana pun saya, bohonglah kalau kata saya tak menangis. Ada masanya walaupun luaran saya nampak ceria. Saya juga manusia biasa, ia lumrah. Pun begitu, membesar dalam industri seni menjadikan saya lebih kuat. Kekuatan itu datang daripada sokongan keluarga dan peminat. Selalunya apa jua yang berlaku mereka akan tetap mempertahankan saya. Inilah salah satu sebab kenapa orang lihat saya sentiasa tenang walaupun dikecam hebat.”

Impian Neelofa dalam tempoh 5-10 tahun akan datang ialah ingin meluaskan empayar perniagaannya ke negara-negara Eropah dan Timur Tengah. Bukan sekadar hijab bahkan Neelofa juga mengimpikan untuk memiliki one-stop-centre untuk jenama Naelofar Hijab.

Segala-galanya ada di situ seperti hijab, hotel, residen, agensi pelancongan, F&B, pusat kecantikan dan sebagainya. Semoga Neelofa terus sukses dalam kariernya dan menjadi inspirasi buat seluruh wanita.

Kredit Foto: Instagram Neelofa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *