Kisah Percintaan Pemilik Tudung Ruffle Anis Bersama Suami

Posted by

Kisah Percintaan Pemilik Tudung Ruffle Anis Bersama Suami | Pemilik jenama skraf Tudung Ruffle, Hanis Arif baharu sahaja melahirkan puteri sulungnya pada 22 November tahun lalu. Bayi perempuan yang digelar Irina oleh wanita yang lebih mesra disapa Anis ini begitu comel dan menjadi kesayangan pasangan ini.

Anis juga telah berkongsi di laman Instagramnya tentang pengalaman bersalinnya dua dulan lalu. “Bila orang tanya Anis sakit tak bersalin Irina? Dulu masa baru-baru lepas bersalin, jawapan Anis sakit giloo, serik, fobia semualah. Sekarang bila orang tanya balik, dah tak ingat dah rasa sakit dia macam mana. Lupa terus padahal baru sebulan lebih. Haha.

Patut lah mommy-mommy ni tak pernah serikkan! Anis ingat bersalin ni macammovie indah bulan bintang bagai. Rupanya lain orang lain pengalaman dia. Bagi Anis sakit contraction taklah sakit mana (thanks to epidural, yeay), sakit masa nak jahit (doktor baru perasan ubat epidural habis) dengan first buang air kecil tu ya ampunnn…

Dan sebab itu jugak lah Anis tak ada gambar kenangan masa lepas deliver. Tudung semua dah terbang campak entah ke mana. Tak faham betul macam mana orang lain boleh still look good lepas bersalin,” kata Anis yang mempunyai pengikut seramai 524 ribu di laman Instagram.

Mengimbau kisah percintaan Anis bersama suaminya Muhammad Irshad Dato’ Capt. Razali ini, mereka telah dipertemukan oleh keluarga Anis. “Anis mula mengenali Irshad daripada keluarga Anis. Pada mula detik perkenalan tidak pernah terlintas sekalipun untuk mendirikan rumahtangga. Lantas selepas dia meminta nombor telefon, kami pun berkawan dan menyelami hati budi masing-masing.

Selepas kira-kira tiga bulan kami berkawan, Irshad datang ke rumah dan membawa bersama keluarganya untuk merisik lantas kami memutuskan untuk berkahwin. Menurut Irshad, dia menyukai Anis yang merupakan anak kedua daripada lapan adik-beradik ini kerana baginya mempunyai keistimewaan tersendiri. “Everything about her. She’s special and unique in her own way. The one and only,” ujar Irshad yang berasal dari Melaka ini.

Kisah Percintaan Pemilik Tudung Ruffle

Tambah Anis pula, “Kali pertama berjumpa, Anis ingatkan dia seorang pendiam tetapi selepas mula berkawan rupa-rupanya dia bukan begitu. Irshad seorang yang kelakar dan suka menyakat. Apabila sering menyakat tanpa disedari ia mencetuskan perasaan rindu kalau tidak mendengar gurau sendanya.

Selain itu pada Anis, dia seorang yang merendah diri, pandai mengambil hati, baik dan penyabar. Umi sendiri berkata dia baik orangnya. Irshad mempunyai matlamat dan hala tuju dalam hidup selain pemikirannya di luar kotak,” tutur Anis yang membuat majlis resepsi dahulu di JW Marriot Putrajaya.

Foto: Instagram @nononess

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *