Khasiat Limau Gedang Untuk Kesihatan Yang Ramai Orang Tak Tahu

Posted by

Khasiat Limau Gedang Untuk Kesihatan Yang Ramai Orang Tak Tahu | Perahan jus limau gedang dikatakan menyimpan pelbagai manfaat kesihatan seperti anti-kanser serta sarat kandungan vitamin A dan C. Amalan meminumnya juga dapat mengekalkan keremajaan wajah memandangkan ia melembap dari dalam. Paling istimewa, ia turut menghapuskan mukus dan membasmi toksin, punca kenaikan berat badan. Dengan mengamalkan jus ini secara konsisten dapat meningkatkan pelbagai aspek kehidupan anda agar lebih bertenaga.

Dalam beberapa laporan, limau gedang dikatakan memiliki khasiat tinggi untuk mencairkan lemak. Terdapat juga beberapa program diet Hollywood seperti ‘The Grapefruit Diet’ yang dikatakan mampu menghilangkan berat badan sehingga 10 paun dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, ramai pakar nutrisi yang menyanggah program tersebut kerana bimbang bekalan zat yang tidak mencukupi terhadap pengamalnya akibat pengambilan limau gedang secara berlebihan.

Trend diet Hollywood yang dilaksanakan oleh jurulatih senaman pilihan selebriti Hollywood, Tracy Anderson, The Grapefruit Diet memiliki kelebihan untuk menurunkan berat badan dengan cepat. The Grapefruit Diet telah mula diperkenalkan sejak 1930-an dan antara bintang Hollywood yang mengamalkan diet ini termasuklah Kylie Minogue dan Brooke Shields. Diet ini disarankan dilakukan selama 12 hari untuk mencapai misi hilang berat sebanyak 10 pound selain ia menyarankan diet rendah karbohidrat, rendah kalori dan melebihkan pengambilan protein dengan melebihkan pengambilan limau gedang dan elakkan kudap-kudapan di antara menu utama.

Enak dan menyegarkan, buah limau gedang atau pemilik nama saintifik ‘Citrus paradisi’ ini juga kaya denganphytonutrients seperti lycopene, vitamin A dan beta karotena. Ia turut digelar sebagai ‘buah dari syurga’ lantaran kandungan khasiat kesihatan yang unik, termasuk mencegah penyakit terutamanya di kalangan pencinta kesihatan dan kecergasan. Tergolong dalam famili sitrus, buah istimewa ini dikatakan seiras kacukan hibrid buah oren dan buah limau bali.

MANFAAT

Limau gedang memiliki paras kalori yang rendah, meliputi hanya 42 kalori per 100gm. Meskipun begitu, ia kaya dengan fungsi suplemen tidak larut seperti serat pektin untuk melawaskan. Serat diet ini membantu melindungi mukosa membran di dalam usus besar anda dengan cara mengurangkan dedahan terhadap sisa toksik.

Kajian terhadap pektin turut menunjukkan kejayaan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah dengan cara mengurangkan penyerapan kolesterol di bahagian usus besar.

Mengandungi vitamin A yang tinggi (sekitar 1150IU per 100gm) dan antioksidan flavonoid seperti naringenin dan naringin. Ia juga membekalkan khasiat lycopene, beta karotena, xanthin dan lutein.

Vitamin A juga baik untuk mengekalkan membran mukus dan kulit yang sihat. Pengambilan buah-buahan semula jadi yang kaya dengan vitamin A serta flavonoids membantu untuk melindungi paru-paru dan kaviti.

Merupakan sumber antioksidan vitamin C yang baik, iaitu sekitar 52% DRI. Ini membantu tubuh meningkatkan ketahanan terhadap agen jangkitan dan radikal bebas yang berbahaya. Malah vitamin ini juga penting untuk mengekalkan kesihatan tisu penghubung dan menyembuhkan luka. Selain itu, vitamin C turut menyenangkan penyerapan zat besi di dalam usus.

Khasiat Limau Gedang Untuk Kesihatan Yang Ramai Orang Tak Tahu

Kandungan 100gm buah limau gedang segar menjana 135mg elektrolit potasium. Ia merupakan komponen penting untuk sel dan cecair badan dan mengimbangi kadar denyutan jantung.

Kajian mendapati fungsi warna merah atau lycopene dalam limau gedang dapat melindungi kulit daripada panahan UV berbahaya dan menawarkan perlindungan daripada kanser prostat.

PENYIMPANAN

Musim limau gedang bermula dari bulan September sehingga Disember. Namun buah ini tersedia pada sepanjang tahun di kebanyakan pasar raya utama di Malaysia. Untuk memilih buah yang segar, pilih buah limau yang berkulit terang, pejal dan jika ditekan akan kembali ke bentuk asal. Elakkan buah yang berkedut, berat dan beraroma wangi. Elakkan buah yang sudah bertompok kerana ia bakal membusuk tidak lama kemudian.

Simpan buah limau gedang di dalam suhu bilik selama beberapa hari. Untuk penyimpanan lebih lama atau menjangkau tiga minggu, masukkan ke dalam kompartmen buah-buahan di dalam peti sejuk anda. Elakkan penyimpanan di bawah kesejukan 10 darjah Celcius untuk mengelakkannya daripada ‘chilling injury’.

Sumber: Nona.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *