Kenali Siapa Wanita Cantik Pemilik Reka Teemor Ini

Posted by

Kenali Siapa Wanita Cantik Pemilik Reka Teemor | Tak puas tengok muka isteri Faiz Sabari, Rozana Mumtaz. Sekali pandang mesti hendak toleh berkali-kali. Berpeluang bertemu dengan pasangan suami isteri perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor baru-baru ini… penulis sempat bertanyakan tip yang diamalkan Mumtaz hingga kekal menawan pada usia 42 tahun

Tersipu malu dan menganggap dirinya ‘biasa-biasa’ saja, wanita berketurunan Afghanistan sebelah ibu dan Pakistan dari pihak bapa ini akhirnya terbuka untuk berkongsi petua tradisi ibunda tersayang. Dalam nada rendah diri, “Tak ada petua sangat, cuma masa datang bulan saya tak boleh minum air sejuk. Mak memang tak bagi sebab dia kata nanti badan lemah. Selain itu, saya juga suka mandi air panas… yang betul-betul panas pada waktu malam. Pagi pula saya akan mandi air sejuk.

Jujurnya, saya bukanlah orang yang suka air cond sangat. Kalau bab minum, saya suka letak lemon dalam minuman. Soal makan, tak dinafikan saya seorang yang suka makan. Tapi jenis yang makan berulang-ulang sebab saya akan ambil portion tu sedikit-sedikit.”

Tatkala ditanya tentang rutin senaman, ini jawapan telus Mumtaz. “Bila buat event, satu perkara yang akan saya pastikan ialah saya tak duduk. Dari mula rehearsal sampailah habis event pukul 1 pagi memang saya tak akan duduk.Check itu ini sebelum mula majlis. Setiap minggu itulah exercise saya.”

Terkenal dengan kreativiti dan hasil kerja yang mengagumkan sebagai perancang perkahwinan mewah di kalangan VVIP, Mumtaz dan suami merupakan pasangan yang bersederhana dan tidak bergantung kepada barangan berjenama mewah. Jika ada masa terluang, mereka sekeluarga pasti akan pergi bercuti. Lazimnya, mereka memilih destinasi percutian yang berbeza daripada sebelumnya.

Kenali Siapa Wanita Cantik Pemilik Reka Teemor Ini

“Kami suka travelling sebab sebagai designer Faiz perlu sentiasa jalan untuk lihat apa yang baru di luar sana. Kami jarang shopping (baju dan aksesori) sebenarnya. Shopping kami adalah dengan membeli barang-barang atau aksesori yang boleh digunakan untuk rumah atau wedding

Sekarang ni kami cuba pergi ke pantai atau laut untuk dapat inspirasi… ketenangan, dalam masa sama dapat kenal warna biru yang berbeza-beza untuk perbaiki hiasan alam semula jadi yang kami buat. Orang Malaysia ni suka garden, suka nature. Sebab itu kami selalu fikir macam mana nak hasilkan hiasan taman yang lain daripada biasa.

Kalau pergi bercuti adalah dalam tujuh ke 10 hari tapi tak lebih daripada 2 minggu. Sepanjang bercuti tu jika ada barang yang jumpa dan berkenan di hati memang beli. Kalau harga mahal, beli satu dua pun jadilah,” ceritanya sambil ketawa.

Tambahnya lagi, “Kami tak shopping sangat. Ada juga beli barang jenama dalam satu atau dua tapi tak ada sampai satu almari. Saya masih belajar untuk mendalami dunia kecantikan. Cuma saya akan pastikan apa yang dipakai minimalis dan on point. Tak perlu yang mahal-mahal… to us pakai yang classic dan tak melampau. Kami pentingkan lifestyle. Make sure klien selesa dengan kita. How we dress, tengok occasion. Pakaian ikut tempat itu penting, tak semestinya mahal tapi biarlah elok dan kemas.”

Meniti usia perkahwinan 15 tahun, Mumtaz dan Faiz dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Dhiya Batrisya Norfaiz yang kini berumur 13 tahun.

Foto: Instagram Reka Teemor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *