Kaka Azraff Beri Alasan Terbaik Elak Kemas Rumah

Posted by

Kaka Azraff Beri Alasan Terbaik Elak Kemas Rumah | “SAYA sengaja mengusik suami padahal tak hamil pun,” kata penyanyi Kaka Azraff selepas melakukan ujian kehamilan meski baru tiga minggu mendirikan rumah tangga.

Kaka berkata, ujian terbabit dibuat selepas suaminya tidak berpuas hati apabila dia memaklumkan tidak sihat dan kemungkinan dirinya hamil.

“Saya sengaja nak mengelak daripada kemas rumah pada hari itu. Jadi saya gunakan alasan hamil untuk menyelamatkan diri.

” Adam seorang yang rajin mengemas rumah. Apabila dia melihat saya sering memberi alasan, dia pergi ke kedai farmasi berhampiran dan membeli alat ujian kehamilan.

“Tak sangka dia minta saya untuk lakukan pemeriksaan itu dan hasil keputusan itu adalah negatif,”katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Airish di Kuala Lumpur.

Menurut Kaka, dia dan suami tidak kisah untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Kami sangat teruja jika ditakdirkan bakal menimang cahaya dalam waktu terdekat kerana ia akan jadi perkara baru dalam hidup kami.

“Bagaimanapun kami serahkan soal zuriat kepada rezeki dan takdir Ilahi,” katanya.

Terdahulu Adam memuat naik video isterinya yang sedang melakukan ujian kehamilan sehingga mengundang spekulasi netizen.

Bagaimanapun, menerusi ujian kehamilan itu Kaka mendedahkan dirinya belum berbadan dua sambil tertawa.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember selepas majlis merisik yang diadakan pada 27 November lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *