Jasad Mumia Berusia 2000 Tahun Ditemui Di Mesir

Posted by

Jasad Mumia Berusia 2000 Tahun Ditemui Di Mesir | BARU-BARU ini, warga Mesir digemparkan dengan penemuan 40 jasad mumia yang pernah hidup pada era Ptolemik di sebuah perkuburan di tengah negara itu.

Usia mumia itu sudah menjangkau 2,000 tahun, namun keadaannya masih baik dan utuh.

Penemuan itu disaksikan sekumpulan wartawan yang dibawa menaiki tangga dan melalui ruang bawah tanah berpasir Tunah Al-Gabal iaitu 260 kilometer (km) di selatan Kaherah.

Ahli Arkeologi Mesir, Rami Rasmi, berkata 12 kanak-kanak dan enam haiwan adalah antara lebih daripada 40 mumia, selain ada lelaki dan wanita dewasa, ditemui di situ.

Sisa mumia ditemui di lantai keranda tanah liat yang terbuka di ruang runtuh di Gubernur Minya. Walaupun mumia kebanyakannya dikaitkan dengan Mesir kuno, amalan ini masih diteruskan, di bawah kerajaan yang diasaskan oleh Ptolemy.

Ptolemy ketika itu pengganti kepada Alexander the Great.

Ahli Arkeologi, Kementerian Barang Antik Mesir, Mohamed Ragab, berkata dua kubur ditemui sembilan meter di bawah tanah yang mengandungi lebih daripada enam bilik.

“Kehadiran haiwan mumia pula kebanyakannya adalah anjing memperlihatkan betapa pentingnya binatang ini untuk orang mati.

Jasad Mumia Berusia 2000 Tahun Ditemui Di Mesir

“Ini menunjukkan pemiliknya sayangkan haiwan peliharaan hingga sanggup dikebumikan bersama di dalam satu makam,” katanya.

Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri, berkata kerusi tembikar dan kepingan papirus yang terdapat di situ membantu penyelidik menentukan tarikh usia semua mumia berkenaan.

Penguasa Yunani purba mencapai kekuasaan tertinggi ketika penaklukan Alexander dan kebangkitan kerajaan Romawi.

Penemuan ini, pastinya akan menjadikan daerah itu sebagai antara pusat tumpuan dunia khususnya pelancong untuk melihat secara dekat keadaan mumia terbabit. – Agensi

Kubur Minya ditemui ketika proses penggalian bermula Februari tahun lalu berada di sebuah kubur komunal yang berkemungkinan milik keluarga Borjuasi Kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *