Inovasi Kalendar Ini Mudahkan Mengajar Anak Menabung

Posted by

Inovasi Kalendar Ini Mudahkan Mengajar Anak Menabung | Ada macam-macam cara nak bagi anak seronok simpan duit. Tentunya teknik ibu tak boleh dah jenis yang biasa-biasa. Kena buat sesuatu yang luar biasa, barulah semangat anak berkobar-kobar.

Unik cara ibu ini, Dharatun Nissa Fuad dalam melatih anak lelakinya. Dari usia 4 tahun dia dah mulakan latih anak simpan duit. Selepas setahun, latihan menyimpan itu tetap diteruskan.

Ini Perkongsian Ibu Latih Anak 5 Tahun Simpan Duit RM1 Sehari

Sejak dari abang Darwisy 4 years saya dah start latih simpan duit, tapi hanya separuh jalan. Bila dah 5 years ni setakat ini saya masih istiqomah latih dia.

Setiap hari kalau dia pergi sekolah saya akan bekalkan duit belanja sebanyak RM1.

Saya tahu dia tak perlu pun duit belanja tu, tapi niat saya ialah nak ajar apa nak buat dengan duit tu.

Bila dia balik, saya akan letakkan duit tadi pada kalendar berpoket. So setiap hari dia akan kumpul tunggu sampai banyak dan akan masukkan dalam wallet dia.

Nak Beli Apa-apa, Anak Guna Duit Sendiri

Setiap hari juga saya pesan, kalau abang nak beli apa-apa kat Shell abang kena guna duit abang, bukan duit mummy.

Bila dia rasa nak beli ‘something’ kat Shell, saya akan tanya dia bawa wallet abang tak. Confirm lah dia tak bawa, mummy pun kena lah bebel dengan abang sebab tak bawakan wallet abang.. penat katanya nak bawa wallet.

So no money no shell..

Inovasi Kalendar Ini Mudahkan Mengajar Anak Menabung

Bimbang Anak Fikir.. Dia Sentiasa Boleh Dapat Apa Dia Nak

The next day, abang Darwisy bawa duit nak pergi Shell. Ada RM5 hasil simpanan untuk 5 hari. Abang Darwisy pilih 2 barang.

Harga nya RM4.90. So baki tinggal sepuluh sen.

Abang Darwisy pandang mummy, kenapa duit abang tinggal ni je mummy.. Huhuhu.. “Itulah, beli lagi benda mahal kan.”

Sebagai ibu, saya perlu terangkan pada anak kegunaan duit tu, bimbang anak akan fikir dia sentiasa boleh dapat apa yang dia nak sebab mummy, daddy boleh bayarkan.

Latihlah anak untuk mengurus duit sejak dari kecil. Walaupun anak belum tahu mengira dengan tepat, sekurang-kurangnya anak belajar bagaimana untuk menggunakan duit dengan baik.

InsyaAllah, belajar sikit-sikit lama-lama apa yang diajar ke anak akan jadi amalan dalam kehidupan mereka.

Sumber/Foto : FB Dharatun Nissa Fuad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *