Gerai Rojak Cendol Tepi Jalan Popular

Posted by

Gerai Rojak Cendol Tepi Jalan Popular | Kalau dapat makan waktu cuaca panas memang sedaplah!

1. Cendol Din, Shah Alam

Cendol Din merupakan salah satu gerai cendol yang paling popular di Shah Alam. Boleh dikatakan hari-hari gerai ini memang penuh dengan orang ramai dan sering menjadi portlepak buat kebanyakan pelajar UiTM dan Unisel. Jangan hairan sekiranya anda perlu beratur panjang setiap kali ke sini kerana ia merupakan perkara normal yang berlaku setiap hari. Cendol di sini kelihatan sangat menarik dan pastinya membangkitkan selera sesiapa sahaja mencubanya. Nak dapatkan kenikmatan makan di sini adalah dengan cara makan beramai-ramai dengan rakan-rakan dan duduk di atas kerusi yang disediakan di bawah pokok. Dapat pula angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ketika makan. Ohhh indahnyyaaa~


Lokasi: 7, Lorong Keluli 1B, Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40800, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Waktu operasi: Setiap hari / 10 pagi – 7 petang. 
Menu: Cendol biasa, cendol pulut, cendol tapai, cendol durian, cendol jagung, laksa utara dan mee kari.
Harga jualan: RM2 – RM4.

2. Rojak Cendol Mamak, Bandar Baru Ampang

Buat mereka yang menggemari masakan mamak, anda boleh mencuba Rojak Cendol Mamak yang terletak di Bandar Baru Ampang ini. Rasa cendol di sini memang lain daripada yang lain. Bukan setakat cendolnya yang sedap, malah rojak yang dijual di sini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Rasanya sedikit pedas dan unik. Selain itu, anda juga boleh mencuba mee kari dan mee goreng yang turut menjadi kegemaran ramai di sini. 


Lokasi: Jalan Ampang, Selangor, Malaysia.
Waktu operasi: Selasa – Ahad / 11.30 pagi – 7 petang
Menu: Cendol special, rojak special, mee kari, mee goreng dan ABC.
Harga jualan: RM3 – RM4.

3. Cendol Sulaiman, Jalan Pudu

Apa yang menarik berkenaan Cendol Sulaimanini adalah rasanya yang just perfect, tidak terlalu manis dan tidak kedekut bahan. Santannya pekat molek dan cendolnya pun banyak. Bukan itu sahaja, harganya yang murah juga pasti membuatkan anda menjamunya lebih dari satu. Selain itu, pemilik gerai ini juga fasih berbahasa Kantonis dan ini antara keunikan yang menjadi daya penarik gerai tersebut. 


Lokasi: Sebelah M.S.S Maju Restaurant (belakang Market Hall) off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: Setiap hari / 8.30 pagi – 5 petang.
Menu: Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, cendol special, ABC, rojak, rojak sotong dan mee rojak.
Harga jualan: RM1.40 – RM5.

Gerai Rojak Cendol Tepi Jalan Popular

4. Cendol BMI, Nilai

Cendol BMI merupakan cendol paling terkenal di Nilai. Gerai ini memulakan perniagaan agak sudah lama iaitu sejak tahun 1985. Asal usul nama BMI ini ialah singkatan nama bapa kepada pemilik gerai ini iaitu Bashah Mohd Ismail. Selain itu, tempahan juga dibuka kepada sesiapa yang mahukan khidmat mereka dalam sebarang majlis. Rasa asli dan lemak cendol di sini memang terbaik! 


Lokasi: Stesen Bas Nilai, 71800 Nilai, N.Sembilan.
Waktu operasi: Isnin – Ahad (cuti pada Rabu) / 8.30 pagi – 5 petang.
Menu: Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, cendol special, rojak dan ABC.
Harga jualan: RM2 – RM4.

5. Cendol Retro Paroi, Seremban

Cendol Retro mempunyai dua cawangan iaitu di Seremban dan Kuala Pilah. Sudah ramai memperakui keenakkan cendol yang dihidangkan di sini. Antara cendol kegemaran pelanggan di sini ialah cendol durian yang dikatakan sangat berlemak dan enak. Bukan setakat cendol durian, manisan seperti pulut durian dan pulut mangga juga dijual di sini. Buat mereka yang ingin mencari kelainan, anda boleh cuba lamb chop yang merupakan satu-satunya makan western yang ada. Serius sedap!

Lokasi: Kampung Paroi, 70400 Paroi, Seremban, N.Sembilan.
Waktu operasi: Isnin – Sabtu / 10.30 pagi – 6.30 petang.
Menu: Cendol biasa, cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung, cendol special, cendol durian, pulut mangga, pulut durian, ABC, laichi kang, jus mangga, cucur udang, keropok losong dan lamb chop.
Harga jualan: RM1 – RM16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *