Cara Bagi Gambar Kahwin Cantik

Posted by

Cara Bagi Gambar Kahwin Cantik | Bila berbicara mengenai kahwin, pasti setiap orang mengimpikan perkahwinan yang indah, bahagia dan berkekalan

Semestinya anda juga mahukan gambar-gambar perkahwinan anda kelihatan cantik dan sedap mata memandang. Yelah, kata orang inilah saja memori yang ada untuk kita tatap di hari tua. Kenangan indah yang kita bukukan.

Tetapi setelah menerima album hari perkahwinan anda, ternyata ia tidak seperti apa yang anda impikan. Wajah anda nampak merah, muka masam, gambar kelihatan gelap dan banyak lagi. Senang cerita anda memang tak puas hati.

Jadi, adakah ia salah fotografer 100%?

Ini dia 6 tips yang dikongsikan oleh Aizat Villa buat mereka yang merancang untuk berkahwin nanti

1. Warna Pelamin

Ambil la warna2 lembut (pastel). Yang ko pergi ambil warna merah, karpet pon merah, semua nak merah, apa yang ko harapkan dari gambo yang di hasilkan??Biru lembut? Cehhh..

2. Lampu Pelamin

Setkan la lampu tu satu warna jerr..ambil warna2 soft (purple or blue)..baru nampak mahal..yang pergi ambil lampu warna warni apahal?? ingat funfair ker? pastu muka pula kena lampu yang dipasang… kejap muka ko jadi hulk, kejap jadi adudu..ntah pape laa…ingat photographer korang suka ker? ambil warna lembut2, mesti gamba korang ohsem & photographer senang nak buat gambo.

3. Bridal yang boleh bekerjasama

Ni satu hal, kadang2 bridal ni sedap tekak dia jer nak letak lampu ngan warna2 bunga yang dia suka.. dia tengok kat mata dia memang la lawa, bila masuk dalam gambar, ada plak korang dalam tuu, terus jadi pelik… photographer plak pening2 kepala nak adjustkan (dah la ko bayau ciput jerr kat photographer)..

Bila suggestkan warna2 sepatutnya, buat tak tahu jer.. paling best, bila bridal cakap, “takperrr, photographer boleh editkan nanti jadi bagi lawo”… eyhhh, macam tuu, baik bagi jer photographer duit yang dapat tuu..kalau korang jumpa bridal or MUA yang cakap macam ni, mohon tinggalkan awal2 dan beri la mereka cermin …aummm.

Cara Bagi Gambar Kahwin Cantik

4. Kerjasama dengan fotografer

Nak gambar best, muka mesti ada kena senyum maaa… jangan la depan pelamin, muka macam tahi.. lepastu complain kenapa muka jadi macam tuuu…eyhhh, dah tu, nak edit muka satu2 jadi senyum ker?

Pose la ikut selesa korang, jangan pula ikut perangai korang jerrr.. bila nak suruh pose dan di ajar, “eyhhh, tak nak la, bla, bla, bla…” bila dapat album, tanya plak naper pose sikit jer, naper tak fun2 pun, bla3x…. hmmmm. Tanya pendapat mereka, sesuai or tak warna2 pelamin yang ko impikan…nanti dah dapat gambar, baru nak menyesal…

5. Pelamin luar / bawah khemah

Tutup keliling pelamin dengan kain..mintak bridal korang tutup bahagian belakang dan kiri kanan pelamin..lagi baik, lapis sekali dengan canvas di bahagian2 tersebut.. sebab apa? sebab cahaya di luar, biasa nya tak menentu dan tak sekata..tak paham juga? tanya photographer korang…

6. Pakej gambar

Ambil la pakej lengkap dari photographer korang.. kalau ko ambil “pakej” SHOOT & BURN jer, pastu harap gambo nyer sama seperti selepas dia edit, mimpi la koranggg… dapat2 plak kalau dia hantar budak2 junior yang turun shoot, lagi kelam la harapan korang..Auchhhh… nak principal or senior yang turun, ambil pakej yang diorang sediakan siap2 untuk tuu…
.
Ada banyak lagi tips, buat masa sekarang, nie jer abam larat tulis..Auchhh…Kalau bermanfaat, share pada rakan2 yang nak kahwin nanti…

Sumber: Aizat Villa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *