Benelli Dan Honda Civic Type R, Aset Terbaru PDRM?

Posted by

Benelli Dan Honda Civic Type R, Aset Terbaru PDRM? | KUALA LUMPUR 20 Feb. – Polis mengesahkan gambar yang didakwa kenderaan peronda terbaru model Honda Civic Type R sebenarnya adalah sekadar untuk dipandu uji.

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Seri Tajudin Md. Isa berkata, pihaknya memandu uji kenderaan tersebut untuk melihat kesesuaiannya bagi kegunaan pasukan keselamatan negara.

“Syarikat pengeluar kenderaan tersebut yang menyerahkan kenderaan bagi tujuan penilaian teknikal.

“Kami diberikan tempoh selama tiga hingga enam bulan untuk menilai kemampuan teknikal kenderaan tersebut sebelum diserahkan semula kepada syarikat tanpa melibatkan sebarang kos,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Benelli Dan Honda Civic Type R, Aset Terbaru PDRM?

Terdahulu, tular di laman sosial menunjukkan model Honda Civic Type R atau juga dikenali sebagai FK8 yang dikatakan merupakan aset terbaru milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut tular ialah motosikal jenis Benelli TRK 502 yang lengkap dengan logo polis dan turut dikatakan merupakan aset terbaru PDRM.

Bagaimanapun, Tajudin menafikan perkara tersebut dan memberitahu pihaknya tidak melancarkan sebarang motosikal peronda baharu seperti yang didakwa.

– UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *