Bayi Silikon Dari China Ini Untuk Mereka Yang Mahu Merasai Pengalaman Sendiri Membelai Anak

Posted by

Bayi Silikon Dari China Ini Untuk Mereka Yang Mahu Merasai Pengalaman Sendiri Membelai Anak | Bukan sekadar anak patung, tetapi anak patung yang dihasilkan oleh seorang pereka wanita ini sememangnya menyeramkan, meskipun memiliki ciri-ciri seorang bayi.

Berbeza dengan anak-anak patung yang lain, anak patung yang direka oleh seorang pereka anak patung yang dikenali sebagai An Huang ini memiliki ciri-ciri unik seperti boleh meminum air daripada botol susu dan membuang air kecil.

Tekstur ‘kulit’ dan rekaan yang yang menghampiri fitur seorang bayi sebenar dikatakan menjadi faktor mengapa bayi rekaan An Huang ini menjadi kegilaan wanita-wanita yang mahukan anak tetapi takutkan komitmen.

Bayi Silikon Dari China Ini Untuk Mereka Yang Mahu Merasai Pengalaman Sendiri Membelai Anak

Selain itu, bayi ini juga menjadi pilihan pasangan yang telah berkahwin tetapi masih belum memiliki anak bagi membolehkan mereka mengalami sendiri pengalaman membelai dan menjaga seorang anak kecil.

Bayi ini dijual dengan harga bermula daripada USD8,100 di eBay dan boleh ditempah mengikut warna kulit, jantina dan warna mata.

Sumber: cerkosong.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *