12 Makanan Ini Kategorikan Sebagai Pembunuh Dalam Senyap

Posted by

12 Makanan Ini Kategorikan Sebagai Pembunuh Dalam Senyap | Semua orang makan setiap hari. Kalau berpuasa pun mesti ada makanan untuk berbuka. Makanan penting untuk kelangsungan hidup. Makanan yang kita makan setiap hari dikatakan boleh membunuh secara senyap tanpa disedari. Boleh dikatakan hampir setiap makanan ini menjadi hidangan yang perlu dalam pengambilan makanan seharian. Oleh itu, cuba elakkan makanan ini sebaik mungkin dalam pemakanan seharian.

1. Sos Tomato Dalam Tin

Sumber sos tomato dalam tin mengandungi gula yang tersembunyi yang tidak pernah terfikir oleh anda merangsang kepada risiko obesiti, diabetes, jantung dan masalah gigi. Bagi mengatasi masalah ini guna buah tomato yang dilenyek atau dikisar untuk menggantikannya. Puri yang dibuat sendiri tanpa lebihan gula dan garam. Malah anda boleh meletakkan sendiri beberapa rempah yang dikehendaki. Atau boleh juga memilih jenama yang kurang gula dan sodium

2. Air buah dalam kotak

Air buah yang dikisar sendiri dengan air buah di dalam kotak berbeza daripada segi kandungan gula, pewarna dan bahan pengawet. Nutrisi yang terkandung dalam buah-buahan tersebut juga mungkin hilang ketika proses pempasteuran.

3. Air karbonat

Air berkarbonat merupakan musuh utama. Kandungan gula yang tinggi boleh mempengaruhi kulit, kadar gula dalam darah, hormon dan juga mood seseorang. Lebih parah lagi apabila minuman tersebut menggunakan bahan pengawet yang tidak dibenarkan.

4. Garam

Peranan penting dalam merangsang tekanan darah tinggi adalah garam. Jika anda makan terlalu banyak garam, anda akan mendapat tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular yang menjadi penyumbang utama kepada kematian di dunia. Jadi ambil garam hanya yang diperlukan oleh tubuh sahaja dan jangan mengambilnya secara berlebihan.

5. Gula

Jika anda merupakan seorang yang ‘pemanis’ terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menggantikan gula. Kehadiran gula dalam darah hanya akan menaikkan kadar gula dalam darah yang menimbunkan lemak di kawasan pembuluh darah. Akhirnya akan menyebabkan serangan jantung tidak tentu masa.

6. Sarapan bijirin

Ramai yang mengambil bijirin setiap pagi sebagai mengalas perut. Sebenarnya bijirin ini tidak baik untuk pengambilan pertama hari anda kerana mengandungi kadar gula yang tinggi, bahan pewarna tiruan, bahan pengawet dan produk GMO.

12 Makanan Ini Kategorikan Sebagai Pembunuh Dalam Senyap

7. Daging

Daging seperti salami, ham, bologna dan sebagainya kaya dengan nitrat, sodium, bahan pengawet dan bahan perisa. Segala bahan ini boleh meningkatkan risiko kanser, masalah jantung, diabetes dan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

8. Makanan segera

Memang ramai yang suka makanan segera kerana ia sedap yang cepat. Makanan segera merupakan pembunuh dalam senyap kerana mengandungi lemak trans, gula, garam, bahan pengawet, bahan perisa tambahan, bahan pewarna dan bahan kimia lain yang membuat makanan segera kelihatan menarik. Cuba hindar mengambil makanan segera dalam pengambilan makanan seharian.

9. Minyak sayur-sayuran

Kita selalu menggantikan minyak kepala sawit kepada minyak sayuran ini. Terdapat sebilangan minyak sayuran mengandungi GMO dan lemak trans yang akan merangsang penyakit kardiovaskular, obesiti, kanser dan alzheimer. Selalu melihat label sebelum membeli minyak sayuran ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *